( rabu )
JANGAN MEMBERI GAMBARAN SALAH MENGENAI NABI
Bismillahirohmanirahim..
Salam cinta kepada Rasulullah SAW,
Salam kasih kepada ibu dan ayah,
Salam ukhuwah buat rakan-rakan semua.
- Seorang wartawan Denmark,Fleming Rose 52 menulis buku barunya yang telah menimbulkan kontroversi kerana menghina nabi melalui himpunan karikatur yang jelas menimbulkan kemarahan umat Islam Denmark,malah di negara Eropah - buku baru yang menghina nabi diberi judul "Penghapusan secara diam" mengandungi 499 muka surat.
- Buku bertajuk "Permata Madinah Al-Munawwarah" dalam bahasa serbia mengisahkan tentang kehidupan isteri baginda iaitu Syadatina Aishah menimbulkan kontroversi. Hasil tulisan Cherry Jones,menghina dan memperkecilkan keperibadian isteri nabi.
- Kisah yang terbaru kontroversi filem pendek "Innocence of Muslims" karya bangsat yang menjijikkan dan diakui oleh banyak pengkritik filem di barat.
1. Apa yang berlaku di Benghazi, Libya adalah memalukan dan merosakkan nama Islam, sekaligus
membenarkan dakwa dusta Islam adalah ganas.
2. "Telah menjadi satu sunnah bahawa para perwakilan tidak boleh dibunuh". (riwayat Abu
Daud,Ahmad,Al-Bazzar)
Adakah umat Islam kini mencontohi akhlak baginda dalam menangani isu menghina baginda? Pernahkah nabi membunuh kerana penghinaan terhadapnya? Pernahkah nabi mengarah membunuh,berperang atau menunjuk kemarahan beramai-ramai terhadap orang yang menghina baginda?
Mufti besar Mesir, Ali Gomaa menyeru umat Islam supaya respons ke atas filem ini, menerusi pendekatan "kesabaran dan kebijaksanaan" sama seperti yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad SAW.
"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu 2 perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada ke dua-duanya, iaitu kitab Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW".(Imam Malik)
Mari kita lihat keperibadiaan nabi secara ringkas:
Keindahan peribadai nabi
-Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri menulis daripada riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Rasulullah itu seorang yang kacak wajahnya dan indah akhlaknya.
Beliau tidak mengucap ucapan yang keji, tidak membalas dendam atas kezaliman ke atasnya, melainkan melanggar perintah Allah SWT.
Tidak pernah diberi pilihan antara 2 perkara melainkan baginda memilih yang paling mudah selagi itu bukan satu dosa.
Tangannya tidak pernah memukul wanita, tidak hamba abdi, tidak khadam kecuali semasa di medan perang.
Apabila baginda berbicara dengan seseorang baginda menghadap wajah ke arah orang tersebut sehingga dia akan menyangka dialah orang yang paling baginda kasihi.
Dalam pada yang sama baginda seorang pemalu, disifatkan bagaikan pemalu seorang gadis.
Apabila baginda membenci sesuatu, nampak tandanya pada wajah baginda.
Baginda selalu memberi senyuman,
Dalam hadis sahih riwayat ibnu Majah, nabi apabila berjabat tangan dengan seseorang, baginda tidak akan menarik tangannya sehingglah orang tersebut menariknya.
Percakapan baginda jelas, tidak tergesa-gesa dan difahami oleh setiap yang mendengar.
Nabi seorang yang tawaduk (humble), berjalan bersama para jandan dan orang miskin untuk menunaikan keperluan mereka.
Menerima jemputan makan sekalipun roti keras yang sudah berubah baunya.
Baginda memanja dan bermain dengan anak-anak kecil. Baginda memberikan salam kepada kanak-kanak apabila baginda melalui mereka dan mendoakan untuk mereka keberkatan. Dan banyak lagi keperibadian baginda yang unggul.
Alangkah baiknya jika dapat mencerita dan menjelaskan keperibadian Muhammad SAW kepada mereka yang suka mencemarkan Islam, terutamanya pada musuh-musuh Islam dan kadang kala ia datang dari umat Islam itu sendiri (jahil atau berkepentingan yang memberi gambaran salah tentang nabi). Mereka ini tidak merasai kemanisan nikmat iman mungkin tidak faham hakikat ini. Mereka kehairanan kenapa muslim bersedih dan emosi apabila nabi mereka disakiti.
Saya pernah menyiarkan risalah oleh Pertubuhan Ikram daerah Manjung yang bertajuk "Kita hidup Islam mati; Kita mati Islam hidup?". Mungkin inilah pendekatan yang boleh kita buat, yang boleh kita sumbangkan dan banyak lagi cara untuk kita suburkan Islam di mata dunia, contohnya 'malam seni cintakan nabi' mengajak pengiat seni, pengarah Pn Erma Fatimah dan pengiat filem sama-sama berkolaborasi menyuburkan rasa cinta kepada nabi di mata dunia.
Yakinlah bahawa walaupun berkumpul sekelian makhluk menghina nabi Muhammad SAW, baginda tidak akan jadi hina. Baginda tetap Rasulullah. Baginda tetap kekasih Allah SWT. Beliau tetap makhluk yang paling mulia di sisi Allah. Umat Islam tidak akan terhina sekiranya mengikut nabi Muhammad SAW sebaliknya umat Islam terhina kerana tidak mengikut nabi Muhammad SAW, mereka tidak mengambil Islam sebagai Addin. Umat Islam tidak terhina oleh penghinaan orang kafir, tetapi umat Islam terhina kerana penghinaan mereka terhadap agama mereka sendiri. Wallahuaqlam.
p/s;Muslim itu, sesiapa pun dia.....
Nabi Muhammad tetap agung di lubuk jantung hatiku..