(29 0gos 2012)
Bismillahirohmanirohim......
KITA HIDUP ISLAM MATI;KITA MATI ISLAM HIDUP?
"Ha?Islam mati bila kita hidup dan hidupnya Islam bila kita mati??"
Aku dah 40 tahun hidup sebagai seorang Muslim,dan beberapa keturunan keluarga aku pun sama, aku llihat Islam ini hidup je"
"Apa?? Islam ini akan hidup bila kita mati, betul ke?Habis tu Islam yang aku amalkan setiap masa, solat aku tak tinggal,puasa aku penuh,zakat aku bayar,insyallah aku akan menunaikan haji,takkan Islam ni masih tak dapat dihidupkan??Dah mati nanti baru Islam ni dapat hidup,maknanya sia-sia jelah macam tu seperti aku ini hanya Islam pada kad pengenalan jelah...habis tu apa aku nak buat??
Mungkin persoalan-persoalan di atas akan bermain di minda kita bila kita membaca tajuk di atas dan mungkin ada banyak lagi persoalannya lagi. Mari kita muhasabah sebentar diri kita.
"Benarkah kita telah benar-benar Islam?"
"Adakah Islam itu hanya solat,puasa,zakat dan haji sahaja?"
"Adakah kehidupan seorang manusia yang bergelar muslim ini melalui rutin hidupnya seperti bangun tidur,pergi kerja,balik kerja,solat lima waktu sehari,puasa dibulan Ramadhan,membayar zakat dan akhirnya bila berkemampuan menunaikan haji di Baitullah. Ya,aku dah berjaya jadi seorang muslim yang Allah janjikan Syurga!!!"
Cuba kita bertanya pada diri kita apa yang kita telah sumbang pada Islam untuk menghidupkan Islam ini. Jika kita lihat rutin seorang muslim tadi hanya untuk dirinya sahaja. Andaikata Rasulullah SAW selepas dilantik menjadi pesuruh Allah dan menjadi orang pertama menerima Islam terus mengamalkan rutin seorang muslim seperti yang dinyatakan tadi,adakah kita dapat merasa Islam pada saat ini.
Jika Rasulullah SAW hanya menyampaikan pada sahabat-sahabatnya dan sahabat-sahabatnya terus melakukan amal rutin seorang muslim seperti tadi nescaya Islam tidak akan sampai di Malaysia ini. Jika kita melakukan hanya seorang muslim maka benarlah tajuk artikel ini Kita hidup Islam mati,kita mati Islam hidup kerana Allah telah memilih orang lain untuk menghidupkan Islam ini selepas kematian kita. Allah menyampaikan pesananNya di dalam kitab suci Al-Quran Karim,
"Dan,jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin." (Surah as-Sajadah:12)
Andai waktu ini,kita ditanya apa yang kamu telah sumbang pada Islam? takkan kita nak menjawab aku dah solat, aku dah bayar zakat, aku dah pergi haji sahaja kerana apa yang kita lakukan hanya pada diri kita sahaja,dan adakah kita waktu ini baru nak sedar dan merayu-rayu seperti kelakuan orang berdosa dalam firman Allah tersebut? Waktu itu adalah mustahil untuk Allah kembalikan kita ke bumi untuk kita menghidupkan Islam ini.
Maka saat inilah,sekarang inilah masa kita untuk berubah,mencari jalan untuk kita menyumbang pada Islam ini untuk menghidupkan Islam sebelum kita mati. Islam itu bukan dieja dengan huruf "I" yang besar menandakan kata nama khas semata-mata tapi hakikatnya Islam ini perlu difahami sebagai kata nama kerja yang menyuruh setiap yang mengambil Islam sebagai agamanya melakukan kerja yang telah digariskan dalam panduan hidup seorang muslim iaitu Al-Quran dan As-Sunnah...
Ayuh jadikan bulan Ramadhan yang lepas,tahun ini sebagai titik perubahan dalam hidup kita sebagai seorang muslim dan tukarkan tajuk diatas menjadi
"Kita hidup Islam hidup dan Kita mati Islam terus hidup".
rujukan dari Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)daerah Manjung.