BISMILLAH HIROHMANIRAHIM

BISMILLAH HIROHMANIRAHIM


Nabi s.a.w bersabda,"barang siapa yang selalu membaca istighfar,maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesulitan,dan kelapangan dari setiap kesedihan,dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya." hadis dari Abu Daud dan Ibnu Majah.

Selasa, 9 Oktober 2012

24 Zulkaedah 1433
( rabu )

JANGAN MEMBERI GAMBARAN SALAH MENGENAI NABI

Bismillahirohmanirahim..

Salam cinta kepada Rasulullah SAW,
Salam kasih kepada ibu dan ayah,
Salam ukhuwah buat rakan-rakan semua.

  1. Seorang wartawan Denmark,Fleming Rose 52 menulis buku barunya yang telah menimbulkan kontroversi kerana menghina nabi melalui himpunan karikatur yang jelas menimbulkan kemarahan umat Islam Denmark,malah di negara Eropah - buku baru yang menghina nabi diberi judul "Penghapusan secara diam" mengandungi 499 muka surat.
  2. Buku bertajuk "Permata Madinah Al-Munawwarah" dalam bahasa serbia mengisahkan tentang kehidupan isteri baginda iaitu Syadatina Aishah menimbulkan kontroversi.  Hasil tulisan Cherry Jones,menghina dan memperkecilkan keperibadian isteri nabi.
  3. Kisah yang terbaru kontroversi filem pendek "Innocence of Muslims" karya bangsat yang menjijikkan dan diakui oleh banyak pengkritik filem di barat.
Bukan isu baru,malah sejak nabi menjadi rasul dan berhijrah ke Madinah sehingga wafat, bersambung hingga sekarang dan tak hairanlah jika berterusan hingga kiamat.  Komitmen yang diambil oleh semua pihak tanpa mengira parti politik, umat Islam tak pernah menredai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah saw dalam bentuk apa jua.  Terjadilah demotrasi aman bantahan yang tidak disenangi oleh seorang MP DAP , yang mengatakan hanya membuang masa umat Islam, sedangkan demostrasi aman masih satu pendekatan yang terus diguna pakai. Demostrasi juga dapat menghimpunkan semua mereka, untuk berkongsi rasa dan menzahirkannya.  Pelbagai cara untuk menzahirkan cinta dan mempertahankan baginda,selain daripada media,facebook,menghasilkan video,berseni dan pelbagai lagi.  Amat menyedihkan apabila kita suka bertindak di luar kawalan,sedangkan Nabi Muhammad SAW mengajar kita memelihara akhlak apatah lagi nabi memang melarang membunuh perwakilan.                                                                                              
     1.   Apa yang berlaku di Benghazi, Libya adalah memalukan dan merosakkan nama Islam, sekaligus            
           membenarkan dakwa dusta Islam adalah ganas. 
     2.   "Telah menjadi satu sunnah bahawa para perwakilan tidak boleh dibunuh". (riwayat Abu          
           Daud,Ahmad,Al-Bazzar)

Adakah umat Islam kini mencontohi akhlak baginda dalam menangani isu menghina baginda?  Pernahkah nabi  membunuh kerana penghinaan terhadapnya? Pernahkah nabi mengarah membunuh,berperang atau menunjuk kemarahan beramai-ramai terhadap orang yang menghina baginda?
Mufti besar Mesir, Ali Gomaa menyeru umat Islam supaya respons ke atas filem ini, menerusi pendekatan "kesabaran dan kebijaksanaan" sama seperti yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad SAW.
"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu 2 perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada ke dua-duanya, iaitu kitab Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW".(Imam Malik)

Mari kita lihat keperibadiaan nabi secara ringkas:
Keindahan peribadai nabi
-Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri menulis daripada riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Rasulullah itu seorang yang kacak wajahnya dan indah akhlaknya.
Beliau tidak mengucap ucapan yang keji, tidak membalas dendam atas kezaliman ke atasnya, melainkan melanggar perintah Allah SWT.
Tidak pernah diberi pilihan antara 2 perkara melainkan baginda memilih yang paling mudah selagi itu bukan satu dosa.
Tangannya tidak pernah memukul wanita, tidak hamba abdi, tidak khadam kecuali semasa di medan perang.
Apabila baginda berbicara dengan seseorang baginda menghadap wajah ke arah orang tersebut sehingga dia akan menyangka dialah orang yang paling baginda kasihi.
Dalam pada yang sama baginda seorang pemalu, disifatkan bagaikan pemalu seorang gadis.
Apabila baginda membenci sesuatu, nampak tandanya pada wajah baginda.
Baginda selalu memberi senyuman,
Dalam hadis sahih riwayat ibnu Majah, nabi apabila berjabat tangan dengan seseorang, baginda tidak akan menarik tangannya sehingglah orang tersebut menariknya.
Percakapan baginda jelas, tidak tergesa-gesa dan difahami oleh setiap yang mendengar.
Nabi seorang yang tawaduk (humble), berjalan bersama para jandan dan orang miskin untuk menunaikan keperluan mereka.
Menerima jemputan makan sekalipun roti keras yang sudah berubah baunya.
Baginda memanja dan bermain dengan anak-anak kecil.  Baginda memberikan salam kepada kanak-kanak apabila baginda melalui mereka dan mendoakan untuk mereka keberkatan. Dan banyak lagi keperibadian baginda yang unggul.

Alangkah baiknya jika dapat mencerita dan menjelaskan keperibadian Muhammad SAW kepada mereka yang suka mencemarkan Islam, terutamanya pada musuh-musuh Islam dan kadang kala ia datang dari umat Islam itu sendiri (jahil atau berkepentingan yang memberi gambaran salah tentang nabi).  Mereka ini tidak merasai kemanisan nikmat iman mungkin tidak faham hakikat ini.  Mereka kehairanan kenapa muslim bersedih dan emosi apabila nabi mereka disakiti.

Saya pernah menyiarkan risalah oleh Pertubuhan Ikram daerah Manjung yang bertajuk "Kita hidup Islam mati; Kita mati Islam hidup?".  Mungkin inilah pendekatan yang boleh kita buat, yang boleh kita sumbangkan dan banyak lagi cara untuk kita suburkan Islam di mata dunia, contohnya 'malam seni cintakan nabi' mengajak pengiat seni, pengarah Pn Erma Fatimah dan pengiat filem sama-sama berkolaborasi menyuburkan rasa cinta kepada nabi di mata dunia.

Yakinlah bahawa walaupun berkumpul sekelian makhluk menghina nabi Muhammad SAW, baginda tidak akan jadi hina.  Baginda tetap Rasulullah.  Baginda tetap kekasih Allah SWT.  Beliau tetap makhluk yang paling mulia di sisi Allah.  Umat Islam tidak akan terhina sekiranya mengikut nabi Muhammad SAW sebaliknya umat Islam terhina kerana tidak mengikut nabi Muhammad SAW, mereka tidak mengambil Islam sebagai Addin.  Umat Islam tidak terhina oleh penghinaan orang kafir, tetapi umat Islam terhina kerana penghinaan mereka terhadap agama mereka sendiri.  Wallahuaqlam.



p/s;Muslim itu, sesiapa pun dia.....
      Nabi Muhammad tetap agung di lubuk jantung hatiku..



   

Rabu, 19 September 2012

3 Zulkaedah 1433
( 19 Septermber 2012)

Setiap nafas dan langkahku,
   ku mulakan dengan Bismillahirohmanirahim.

MARI MENCINTAI!

Cinta tak terungkap oleh kata-kata
Cinta pastinya menuntut pengorbanan
Cinta sendinya keikhlasan
Cinta mengajar erti kesabaran
Cinta mendidik untuk berusaha
Cinta melatih diri menjadi kental dan tabah
Cinta mengajar untuk memberi dan menerima
Cinta adalah anugerah Allah kepada manusia

Apabila kita ditanya dengan maksud cinta, pasti ramai yang memberi berbagai tafsiran.  Yang pastinya tiada jawapan yang salah dan tiada juga yang benar-benar tepat.  Kita mulakan dengan gelagat orang yang dilamun cinta.  Apabila seseorang telah bertemu dengan orang yang dia rasai suka, maka dia telah jatuh cinta.  Pastinya dia akan sentiasa ceria, tak sabar menunggu hari esok untuk bertemu, sentiasa berusaha menambat hatinya, kadang kala berlagak menjadi hero, mudah tersenyum, kerap menghantar SMS dan menelefon untuk mendengar suara.  Kadang kala cinta itu membuatkan orang bersemangat melalui hari.  Tak kala cinta itu punah dan menuju pengakhiran, walaupun tanpa diminta.  Setiap perlakuan, penampilan diri dan perasaan menjadi tunggang-langgang dan serabut.  Kadang kala hingga keluar kata-kata seperti orang yang tak beriman dek pelbagai emosi yang lahir kerana cinta.

Bagaimana kalau kita semua tukarkan cinta kita kepada Pemilik Segala Cinta?  Adakah sama, atau bagaimana caranya?  Pertama sekali, walau dia telah hilang di mata, jauh disisi kita, tiada lagi kedengaran suaranya serta menanggung rindu. Apa yang kita alami sama seperti sifat pada Allah SWT , yang kita sendiri tak nampak, tak mendengar suaranya, tak tahu Allah SWT di mana dan biarlah kita menangis kerana Nya.  Namun jika kita benar-benar menyintaiNya pasti akan merasai kerinduanNya.  Kalau pasangan yang bercinta hari-hari memuji, hari-hari teringat-ingat, sepatutnya kita dengan Allah SWT pun begitu, malah lebih lagi.  

Ya, manusia tetap manusia.  Punya naluri, punya rasa.  Namun seimbangkan segala rasa.  Bukankah kita perlu matang dalam merasa?  Usah pula nafikan kehadiran cinta, itu dusta.  Usah membuang rasa cinta, itu bongkak.

Hayatilah kasih Allah SWT kepada kita dalam setiap saat hembusan nafas kita, kelak kita tidak akan alpa dalam mencari cinta.  Hemmmm....mencintailah kerana-Nya kerana cinta-Nya  yang mengekalkan cinta.







p/s: teringat kata2 ustaz Haslin,"hati kita ini milik Allah SWT,bukan milik keluarga,bukan milik ibubapa dan bukan milik orang lain".












Selasa, 4 September 2012

18 Syawal 1433
Rabu bersamaan
(05 September 2012)

Bismillahirohmanirohim...

AMALAN RAMADHAN PERLU BERTERUSAN

Fenomena di kalangan masyarakat dalam negara ini,ialah ketidak-sungguhan mereka meneruskan agenda dan aktiviti keagamaan, ia terhenti dengan berakhirnya Ramadhan, seolah-olah Ramadhan sahaja bulan untuk beribadat sedangkan bulan-bulan lain tidak perlu berbuat demikian.  Inilah kesilapan yang perlu diperbetulkan dari semasa ke semasa,  Allah bagi pandangan mereka hanya wujud pada bulan Ramadhan, sedangkan bulan lain bagi tanggapan mereka tidak perlu pengisian rohani.  Banyak persoalan dikemukakan oleh para allim ulama dalam forum-forum mereka khususnya yang disiarkan menerusi laman-laman web Islam, antara tajuk-tajuk forum yang patut dihadiri oleh umat Islam di bulan Syawal bagi menggilap kemampuan daya berfikir mereka:

1.  Mengapa umat Islam berani menentang Allah secara terbuka?
2.  Benarkah kita umat yang komited dengan Islam?
3.  Benarkah amalan kita diterima Allah sedangkan kita tidak menyumbang kepada Islam?
4.  Adakah kita sebaik-baik umat yang dikeluarkan Allah buat umat manusia sejagat?
5.  Mengapa masih terdapat ramai wanita Islam tidak bertudung kepala?
6.  Mengapa Allah bukan matlamat sebenar dalam segenap agenda hidup kita?
7.  Mampukah umat Islam hari ini mengekang kemaraan musuh-musuh Islam dalam segenap aspek hidup mereka?           
8.  Di manakah kita dengan Rasulullah SAW?
9.  Mengapa para isteri baginda Rasulullah tidak dijadikan role model kepada muslimah hari ini?
10.Bolehkah kita mati dalam agama Islam?

    Dan banyak lagi, yang kiranya apabila umat Islam tidak bersungguh untuk memahami salah satu tajuk di atas sebagai jalan untuk memperkasa diri dengan elemen agama, sudah pasti mereka tidak akan menjadi umat yang berjaya dalam hidup mereka.

Tindakan yang perlu kita buat selepas Ramadhan

Jesteru, bagi mengekalkan kelangsungan amal ibadat serta hubungan intim dengan Maha Pencipta, adalah disarankan agar saudara/saudari memastikan beberapa panduan di bawah ini:
  1. Paling penting yang perlu anda lakukan sebelum yang lain,memohon pertolongan Allah SWT agar terus memberikan hidayat-Nya, menetapkan iman pada jalan agama-Nya serta memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan agama.
  2. Kekalkan amalan takwa yang digarap ketika melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadhan walaupun menjangkau bulan Syawal sebagai bekalan setahun untuk Ramadhan akan datang.
  3. Perbanyakkan amalan dengan amalan-amalan sunat yang dilakukan pada bulan Ramadhan untuk kelangsungan di bulan Syawal dan seterusnya seperti solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, banyak berdoa.
  4. Banyak bergaul dengan golongan para salihin seperti majllis zikir, nasihat, kaunseling dan tazkirah.
  5. Mendalami maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai sejarah kehidupan para anbiya,  Nabi Muhammad SAW, para sahabat,, tokoh-tokoh sarjana Islam terkemuka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang pernah melonjakkan Islam, sama ada melalui pembacaan, mendengar kuliah atau cakera padat, kaset agama dan sebagainya.
  6. Memperbanyakkan mendengar kuliah-kuliah fardu ain di masjid atau surau secara langsung ataupun kaset dan cakera padat (sebagai bahan rujukan tambahan).
  7. Memelihara tuntutan ibadat khusus seperti solat lima waktu, mengqada puasa yang tertinggal kerana sakit, musafir atau uzur syari'e, kerana ia amat dituntut untuk dilakukan segera.
  8. Memelihara amalan-amalan sunat seperti puasa enam hari di bulan syawal, bersedekah, menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga, sahabat-handai dan lain-lain.
  9. Membaca al-Quran, bermula dengan menghafaz surah-surah pendek dan menghafaz ayat-ayat penting sebagi pendinding diri seperti ayat kursi, surah al-Mulk, Yasin dan lain-lain.
  10. Memperbanyak zikir dan wirid, terutamanya zikir Ma'thurat susunan Imam Syahid Hassan al-Banna.
  11. Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan hati, sama ada bergaul dengan golongan maksiat, menonton filem lucah, membaca majalah-majalah yang boleh melalaikan seperti hiburan dan lain-lain, mendengar muzik yang melalaikan dan banyak lagi.
  12. Bertaubatlah kepada Allah SWT dengan kadar segera dengan menyesali apa yang telah dilakukan yang menyalahi hukum syarak dan berazam tidak akan mengulanginya pada masa-masa akan datang.
  13. Berhenti dari merokok terutamnya jenama rokok Yahudi yang menghimpun dana bagi membeli senjata untuk membunuh saudara-saudara Islam di Palestin, Lubnan dan lain-lain.
  14. Menyesali atas perbuatan menghadiri program-program maksiat seperti hiburan yang melalaikan atau sukan yang menghalang diri dari menunaikan solat lima waktu.
  15. Gigih untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah serta Rasulullah SAW  dan bersedia  melakukan segala perintah dengan penuh rasa tanggungjawab dan pasrah kepada arahan kedua-duanya.
Janganlah jadi golongan yang hanya mengenali Allah SWT di bulan Ramadhan semata-mata dengan amalan yang amat banyak, malah jadikanlah diri anda sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa sepanjang masa.



rujukan oleh Ustaz zainudin hashim by Harakah





Rabu, 29 Ogos 2012

11 Syawal 1433
(29 0gos 2012)

Bismillahirohmanirohim......

KITA HIDUP ISLAM MATI;KITA MATI ISLAM HIDUP?

"Ha?Islam mati bila kita hidup dan hidupnya Islam bila kita mati??"
Aku dah 40 tahun hidup sebagai seorang Muslim,dan beberapa keturunan keluarga aku pun sama, aku llihat Islam ini hidup je"
"Apa?? Islam ini akan hidup bila kita mati, betul ke?Habis tu Islam yang aku amalkan setiap masa, solat aku tak tinggal,puasa aku penuh,zakat aku bayar,insyallah aku akan menunaikan haji,takkan Islam ni masih tak dapat dihidupkan??Dah mati nanti baru Islam ni dapat hidup,maknanya sia-sia jelah macam tu seperti aku ini hanya Islam pada kad pengenalan jelah...habis tu apa aku nak buat??

Mungkin persoalan-persoalan di atas akan bermain di minda kita bila kita membaca tajuk di atas dan mungkin ada banyak lagi persoalannya lagi.  Mari kita muhasabah sebentar diri kita.

"Benarkah kita telah benar-benar Islam?"

"Adakah Islam  itu hanya solat,puasa,zakat dan haji sahaja?"

"Adakah kehidupan seorang manusia yang bergelar muslim ini melalui rutin hidupnya seperti bangun tidur,pergi kerja,balik kerja,solat lima waktu sehari,puasa dibulan Ramadhan,membayar zakat dan akhirnya bila berkemampuan menunaikan haji di Baitullah.  Ya,aku dah berjaya jadi seorang muslim yang Allah janjikan Syurga!!!"

Cuba kita bertanya pada diri kita apa yang kita telah sumbang pada Islam untuk menghidupkan Islam ini.  Jika kita lihat rutin seorang muslim tadi hanya untuk dirinya sahaja. Andaikata Rasulullah SAW selepas dilantik menjadi pesuruh Allah dan menjadi orang pertama menerima Islam terus mengamalkan rutin seorang muslim seperti yang dinyatakan tadi,adakah kita dapat merasa Islam pada saat ini.

Jika Rasulullah SAW hanya menyampaikan pada sahabat-sahabatnya dan sahabat-sahabatnya terus melakukan amal rutin seorang muslim seperti tadi nescaya Islam tidak akan sampai di Malaysia ini.  Jika kita melakukan hanya seorang muslim maka benarlah tajuk artikel ini Kita hidup Islam mati,kita mati Islam hidup kerana Allah telah memilih orang lain untuk menghidupkan Islam ini selepas kematian kita.  Allah menyampaikan pesananNya di dalam kitab suci Al-Quran Karim,

"Dan,jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin." (Surah as-Sajadah:12)

Andai waktu ini,kita ditanya apa yang kamu telah sumbang pada Islam?  takkan kita nak menjawab aku dah solat, aku dah bayar zakat, aku dah pergi haji sahaja kerana apa yang kita lakukan hanya pada diri kita sahaja,dan adakah kita waktu ini baru nak sedar dan merayu-rayu seperti kelakuan orang berdosa dalam firman Allah tersebut?  Waktu itu adalah mustahil untuk Allah kembalikan kita ke bumi untuk kita menghidupkan Islam ini.

Maka saat inilah,sekarang inilah masa kita untuk berubah,mencari jalan untuk kita menyumbang pada Islam ini untuk menghidupkan Islam sebelum kita mati.  Islam itu bukan dieja dengan huruf "I" yang besar menandakan kata nama khas semata-mata tapi hakikatnya Islam ini perlu difahami sebagai kata nama kerja yang menyuruh setiap yang mengambil Islam sebagai agamanya melakukan kerja yang telah digariskan dalam panduan hidup seorang muslim iaitu Al-Quran dan As-Sunnah...

Ayuh jadikan bulan Ramadhan yang lepas,tahun ini sebagai titik perubahan dalam hidup kita sebagai seorang muslim dan tukarkan tajuk diatas menjadi
"Kita hidup Islam hidup dan Kita mati Islam terus hidup".





rujukan dari Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)daerah Manjung.




Ahad, 12 Ogos 2012

24 Ramadhan 1433
(13 Ogos 2012)


Bismillah hirohmanirohim,


Puasa itu istimewa.  Puasa Ramadhan itu sangat istimewa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah,Rasulullah SAW telah bersabda:-

"Segala amal kebaikan manusia dalah untuknya; satu kebaikan akan dibalas sepuluh hingga 700 kali ganda.  Allah SWT berfirman 'Kecuali puasa kerana ia adalah milikku dan Aku pula yang akan membalasnya kerana ia (manusia) meninggalkan syahwat,makanan dan minumanya kerana Aku'.  Ada dua kebahagiaan yang diperuntukkan bagi orang yang berpuasa; kebahagiaan ketika berbuka puasa dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Tuhannya.  Sesungguhnya bau mulut orang yang puasa dan lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi."


(Hadis Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim)


MENYERLAH DENGAN TAQWA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Taqwa bukan label yang boleh diletak atau ditampal kepada seseorang.  Sebab memahat dan mencanai taqwa tidak semudah meletak label pada diri seorang Musllim.  Lantaran itu,saban tahun Allah tetap mengajak kita mengejar tawaran 1000 bulan ibadah,  gandaan pahala ibadah wajib untuk ibadah sunat serta lain-lain  ganjaran yang diwartakan di sepanjang Ramadhan.  Taqwa memerlukan kerahan tenaga dan perasaan yang amat tinggi,maka itulah ganjaran hebat disediakan buat memotivasikan kita.

Saudara-saudari yang dikasihi,

Ramadhan mengajar kita erti kerja, ibadah, pengorbanan dan perjuangan di jalan Allah.  Kesukaran dan dugaan pasti perlu di tempuh dalam ibadah, dan perjuangan.  Ramadhan mengajar kita supaya takut sambil berharap kepada Allah Azza Wa Jalla.  Ramadhan mengajar kita saban dan redha dengan dugaan Allah.  Ramadhan mengajar kita untuk akur dengan segala aturan dan perundangan Allah, baik di tengah khalayak mahupun di tempat yang terselindung daripada perhatian manusia.  Ramadhan menunjukkan jalan untuk melatih setiap individu Islam mengambil Allah sebagai pelindung dan bentengnya daripada tersasar dalam kehidupan.  Segalanya yang mudah disebut,diserap menjadi peribadi.  Inilah jalan-jalan taqwa yang Allah mahu kita cedok daripada madrasah Ramadhan ini.

Taqwa  mengajar kita bahawa hidup ini perjuangan.  Perjuangan untuk hidup mulia dan matinya mulia pula.  Perjuangan pula ada prinsip dan landasannya yang perlu digengam kemas sepanjang masa, sepanjang hayat. Allah semata-mata  tiada jalan pintas melainkan dengan ketabahan dan kesungguhan menghadapi kesukaran serta cabaran nafsu dan syaitan.  Kita perlu bijak menyusun waktu kerja,rehat dan ibadah.  Taqwa yang hidup dalam diri Muslim menjadikannya seorang individu berintegriti dan seimbang.  Hubungannya yang kuat dengan Allah menyusun dan melingkungi semua hubungannya dengan sekelian makhluk dan alam ini.  Ia menjadi asas yang kuat untuk membangun orang-orang yang berjaya dunia dan akhirat.

Ikhwan dan akhwat fil Islam,

Orang yang bertaqwa adalah orang yang luarbiasa.  Ini telah dibuktikan oleh Generasi al-Quran yang mendapat pendidikan taqwa secara langsung daripada Allah dan RasulNya.  Tidak akan ada generasi sebaik ini lagi selepas daripada mereka.  Ramadhan mengajar kita supaya secara sedar mengawal diri, ruh dan pemikiran.  Ia membawa proses pembersihan yang komprehensif dan lengkap.  Sebulan berkursus,sasarannya hanya mencari ganjaran Allah: TAQWA.  Betul, ia perlukan kerja kuat yang berstamina tinggi tanpa tahu rasa jemu.  Moga-moga Allah hidupkan kembali ruh Generasi al-Quran dalam diri, keluarga, masyarakat, negara kita dan ummah seluruhnya.

Memang  mudah mengaku dan melebelkan diri kita sebagai Islam; Malah, bersyukurlah kebanyakan kita dilahirkan daripada ibu bapa yang sedia Islam.  Namun, Islam mengajar bahawa Islam itu tidak automatik sifatnya.  Kalaupun kita tahu label Islam dan Muslim sudah kita peroleh, mari kita buktikan ke Islaman dan keimanan kita itu ke tahap penghayatnnya dalam kehidupan.  Menyerlah sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai ibu bapa, sebagai sahabat, sebagai adik-beradik, sebagai pekerja, sebagai pemimpin, dan sebagainya.

Taqwa itu perlu ditanam tertancap di hati dan akal untuk membuahkan hasilnya.  Disamping ilmu dan amal, makanan juga perlu dijaga dan diteliti.  Tanggung-jawab ketua keluarga dan ibu bapa memastikan makanan-makanan taqwa dihidangkan buat seluruh keluarga...

Moga berjaya memahat taqwa di Ramadhan ini.  Wallahua lam.






rujukan Pertubuah Ikram Malaysia (IKRAM) Daerah Manjung


Ahad, 29 Julai 2012

10 Ramadhan 1433H
(30 Julai 2012)

Bismilah hirohmanirohim

HIBANYA RAMADHAN TANPA ABAH





6 kali ramadhan kami sambut sunyi tanpa abah di sisi,setiap ramadhan menjelma saya pasti mengingati dan merindui abah.  Bukan kami sekeluarga terasa kehilangan abah,malah seluruh warga kampung,sanak saudara dan sahabat handai abah.  Amat terasa sangat kerana abah hanya sempat 7 hari sahaja berpuasa dan setiap kali ramadhan abah amat suka berbuka di masjid,itulah makanan terakhir abah bersama-sama kariah masjid,bubur nasi......
Abah tidak mahu menyusahkan anaknya tetapi di kala anaknya susah,dia sentiasa berada di sisi,mengubat luka dan duka.  Biar buruk,hodoh,cacat,susah,bersalah dan hinanya seorang anak,sayang abah tidak bertepi dan terus menjunjung ke langit yang tinggi.  Sifat penyabar abah,suka bergurau,kasih pada anak-anak dan tidak pedulikan apa orang lain nak kata,sedar atau tidak telah saya warisinya.
"Ingatlah,kasih abah menurut kata,kasih ibu semata-mata," Kini barulah saya mengenal erti kehilangan teramat sangat.  Apatah lagi pada mak yang kehilangan suami ibarat hilangnya seorang kawan,teman untuk mengadu.  Saya sempat melihat mak begitu tabah,tiada lagi air mata yang mengalir di pipi mak mengiring pemergian abah, sudah cukup ujian berat yang dihadapinya.  Mak begitu redha dengan pemergian abah setelah Allah SWT  memberi peluang kepada kami selama 21 ramadhan saja untuk menatap wajah suci abah.
Setelah pengkebumian abah,hujan lebat petang itu mengiringi pemergian abah sambil tanah nan merah mendakap kemas tubuh bersihnya,menanti pertemuan dengan  Maha Pencipta.
Kini,saya  berdikit-dikit  mula mengenal  apa itu sesal dan apa itu rindu.
Bagi  yang ada,sayangilah ibubapa seluas langit nan bumi,dan yang sudah hilang di mata,berdoalah agar ibubapa kita tenang dalam lindungan rahmat-Nya.






p/s,ramdhan kali ni 2 orang yang ku kenali telah pergi mengadap illahi.





Isnin, 16 Julai 2012

26 Syaban 1433
(16 hb Julai 2012)

Bismilllah hirohmanirohim

PENGHIJRAHAN NABI YANG PENUH DENGAN SIMBOLIK DAN MATLAMAT

           "Maha Suci Allah,yang telah memperjalankan hambanya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda (kebesaran) kami.  Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (surah Al-Isra' ayat 1)


Kisah ini adalah sebuah pengembaraan agong yang ajaib, bukan seperti kisah pelayaran Ibnu Batuttah, pelayaran Mushi Abdullah dan lain.Ini kerana banyak kisah-kisah pelayaran yang ditokok tambah dan tidak masuk akal oleh pengarang pendusta.  Berbeza dengan perjalanan Rasulullah SAW dicatat oleh ilmuwan islam melalui jalur-jalur hadis yang sahih.  Bukan nak cerita tentang kisah perjalanan nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa,Baitulmuqaddis sebelum naik ke langit untuk bertemu Allah,tapi iktibar kisah ini dapat diamalkan dalam kehidupan kita?  Sewajarnya umat manusia,islam dan bukan islam mencontohi nabi Muhammad SAW dalam kehidupan mereka.  Berdasarkan kemelut politik negara kita sekarang ini,adalah penting untuk merujuk surah nabi termasuk israk dan mikraj dan perpindahan baginda (hijrah) daripada kota Mekah ke Madinnah dan kemudian ke Mekah untuk membebaskan tanahairnya sendiri.  Persoalan di sini mengapa nabi Muhammad SAW  dan pengikutnya perlu membebaskan bangsa dan tanahairnya sendiri.  Bukankah kaum yang menguasai kota Mekah adalah sama seperti baginda sendiri,suku Quraisy daripada bangsa arab.  Buat apa Rasulullah SAW  memerdekakan bangsanya sedangkan yang berkuasa adalah bangsanya sendiri?  Jika dibuat perbandingan berdasarkan senario negara ini, buat apa dimerdekakan bangsa melayu daripada kekuasaan melayu sendiri sedangkan bangsa inilah yang berkuasa.  Rasulullah SAW  berjuang untuk membebaskan bangsa baginda (Quraisy) daripada penjajahan mental ketua suku kaumnya.  Hampir 10 tahun selepas berhijrah ke Madinah,barulah baginda dapat memerdekakan penduduk Mekah daripada amalan menyembah berhala,membunuh anak perempuan dan menilik (sihir).  Selepas pembersihan kota suci Mekah,barulah Islam dapat berkembang dengan pesat di seluruh Jazirah Arab.



p/s; Tahniah buat Dr Mohamed Morsi



Khamis, 28 Jun 2012

8 syaaban 1433
28 jun 2012

SENSITIFITI HATI SEORANG MUKMIN

Istilah sensitif adalah cepat menerima rangsangan atau peka pada sesuatu ataupun alahan.  Sensitif juga boleh ditafsirkan dengan mudah membangkitan emosi,ada 6 jenis sensitif iaitu:-
  1. Sensitif yang positif
  2. Sensitif yang normal
  3. Sensitif yang negatif
  4. Sensitif yang berlebihan
  5. Sensitif yang terlalu percayakan diri
  6. Sensitif tak jelas
Bukanlah nak huraikan satu persatu sensitif di atas tetapi bagaimana sensitifiti di hati seorang mukmin seperti penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w.  Syaidina Aisyah berkata,"Rasulullah s.a.w selalu berzikir kepada Allah s.w.t dalam setiap waktunya."  Bayangkanlah saudara-saudaraku bagaimana baginda selalu berzikir kepada Allah s.w.t dalam setiap keadaan.  Ketika hendak masuk ke bilik mandi,baginda akan membaca doa,"Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari syaitan lelaki dan syaitan perempuan." (hadis tirmizi 3384) dan ketika keluar dari bilik mandi,baginda berdoa,"Aku memohon keampuanMu." (hadis imam muslim 830) 
Sungguh tiada satu detik pun yang dilewati oleh Rasulullah s.a.w tanpa berzikir kepada Allah s.w.t 
Di mana posisi diri kita jika dikaitkan dengan isi hadis tersebut, ketahuilah bahawa sesungguhnya kita sangat jauh dari tuhan kerana kita tidak berzikir kepada Nya kecuali hanya sedikit saja.  Sesungguh Rasulullah sentiasa beristighfar kepada Allah s.w.t selama baginda menghabiskan di dalam bilik mandi.

Sesungguhnya kita sedang mencari sensitiviti hati semacam itu,kerana tanpanya hati kita akan menjadi mati!!

Di mana engkau wahai sensitifiti hati?.




rujukan dari the power of ibadah oleh amru khlid.