(16 hb Julai 2012)
Bismilllah hirohmanirohim
PENGHIJRAHAN NABI YANG PENUH DENGAN SIMBOLIK DAN MATLAMAT
"Maha Suci Allah,yang telah memperjalankan hambanya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (surah Al-Isra' ayat 1)
Kisah ini adalah sebuah pengembaraan agong yang ajaib, bukan seperti kisah pelayaran Ibnu Batuttah, pelayaran Mushi Abdullah dan lain.Ini kerana banyak kisah-kisah pelayaran yang ditokok tambah dan tidak masuk akal oleh pengarang pendusta. Berbeza dengan perjalanan Rasulullah SAW dicatat oleh ilmuwan islam melalui jalur-jalur hadis yang sahih. Bukan nak cerita tentang kisah perjalanan nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa,Baitulmuqaddis sebelum naik ke langit untuk bertemu Allah,tapi iktibar kisah ini dapat diamalkan dalam kehidupan kita? Sewajarnya umat manusia,islam dan bukan islam mencontohi nabi Muhammad SAW dalam kehidupan mereka. Berdasarkan kemelut politik negara kita sekarang ini,adalah penting untuk merujuk surah nabi termasuk israk dan mikraj dan perpindahan baginda (hijrah) daripada kota Mekah ke Madinnah dan kemudian ke Mekah untuk membebaskan tanahairnya sendiri. Persoalan di sini mengapa nabi Muhammad SAW dan pengikutnya perlu membebaskan bangsa dan tanahairnya sendiri. Bukankah kaum yang menguasai kota Mekah adalah sama seperti baginda sendiri,suku Quraisy daripada bangsa arab. Buat apa Rasulullah SAW memerdekakan bangsanya sedangkan yang berkuasa adalah bangsanya sendiri? Jika dibuat perbandingan berdasarkan senario negara ini, buat apa dimerdekakan bangsa melayu daripada kekuasaan melayu sendiri sedangkan bangsa inilah yang berkuasa. Rasulullah SAW berjuang untuk membebaskan bangsa baginda (Quraisy) daripada penjajahan mental ketua suku kaumnya. Hampir 10 tahun selepas berhijrah ke Madinah,barulah baginda dapat memerdekakan penduduk Mekah daripada amalan menyembah berhala,membunuh anak perempuan dan menilik (sihir). Selepas pembersihan kota suci Mekah,barulah Islam dapat berkembang dengan pesat di seluruh Jazirah Arab.
p/s; Tahniah buat Dr Mohamed Morsi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan