(23 Syawal 1435)
4 KEJAHATAN ORANG TUA TERHADAP ANAK
Gelaran bagi anak-anak yang tidak menghormati dan menderhaka pada ibubapa mereka di panggil Si Tanggang, tapi jika ibubapa membuat kejahatan terhadap anak-anak apa pula panggilan yang sesuai buat mereka???Terlalu banyak kejadian mendera, menyeksa, membunuh, membuang anak dan memperdagangkan kanak-kanak.........
Rasulullah s.a.w sangat penyayang terhadapa anak-anak, sama ada terhadap keturunan baginda sendiri ataupun anak-anak orang lain. Justeru itu kejadian yang menimpa adik Firdaus membuka hati saya untuk menerbitkan kenyataan ini.
KEJAHATAN PERTAMA: MEMAKI DAN MENGHINA ANAK
Bagaimanakah orang tua dikatakan menghina anak-anaknya? Iaitu ketika seorang ayah memperkatakan kekurangan anaknya dan memaparkan setiap kekurangan tersebut. Lebih jahat lagi jika itu dilakukan di hadapan kawan-kawannya. Termasuk dalam kategori ini adalah memberi nama kepada si anak dengan nama yang buruk.
Kerana itu Rasulullah s.a.w kerap menggati nama seseorang yang mempunyai makna yang buruk dengan nama baru yang baik. Atau, mengganti gelaran-gelaran yang buruk kepada seseorang dengan gelaran yang baik dan bermakna positif. Misalnya, Harb (perang) menjadi Husain, Huznan (yang sedih) menjadai Sahlun ( mudah), Bani Maghwiyah (yang tergelincir) menjadi Bani Rusyd (yang diberi petunjuk). Rasulullah s.a.w memanggil Aisyah dengan nama kecil Aisy untuk memberi kesan lembut dan sayang.
Jadi, adalah sebuah bentuk kejahatan bila kita memberi dan memanggil anak kita dengan sebutan yang buruk dan bermakna menghinakan dirinya.
KEJAHATAN KEDUA: MELEBIHKAN SEORANG ANAK DARI YANG LAIN
Memberi lebih kepada anak kesayangan dan mengabaikan anak yang lain adalah bentuk kejahatan orang tua kepada anaknya. Sikap ini adalah salah satu faktor pencetus putusnya hubungan silaturrahim anak kepada orang tuanya dan punca berlakunya permusuhan antara saudara.
Dan kemuncak kezaliman kepada anak adalah ketika orang tua tidak mampu melahirkan rasa cinta dan sayangnya kepada anak perempuan yang kurang cantik, kurang pandai,atau cacat salah satu anggota tubuhnya. Padahal , tidak cantik dan cacat bukanlah kemahuan anak. Begitu juga tidak pintar bukanlah dosa dan kejahatan. Justeru setiap kekurangan anak adalah pendorong bagi orang tua untuk lebih mencintainya dan membantunya. Rasulullah s.a.w bersabda, "Semoga Allah mengasihi dirimu yang membantu anaknya di atas kebaikan."
KEJAHATAN KETIGA: MENDOAKAN KEBURUKAN BAGI SI ANAK
Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,, "Ada tiga doa yang dikabulkan: doa orang yang teraniaya, doa musafir dan doa (keburukan) orang tua atas anaknya." (HR. Tirmidzi dalam kitab Birr Wash Shilah, hadis nombor 1828)
Entah apa alasan yang membuat seseorang begitu membenci anaknya. Disebabkan bencinya, seorang ibu tergamak sepanjang hari lidahnya tidak kering mendoakan agar anaknya celaka, melaknat dan memaki anaknya. Sesungguh, ibu itu adalah wanita yang paling malang. Hal ini kerana setiap doanya yang buruk, setiap ucapan laknat yang meluncur dari lidah dan setiap makian yang diucapkan seorang ibu akan terkabul lalu menjadi bentuk hukuman bagi dirinya atas semua amal lisannya yang tidak terkawa.
KEJAHATAN KEEMPAT: TIDAK MEMBERI PENDIDIKAN KEPADA ANAK
Perintah untuk mendidik anak adalah bentuk realisasi iman. Perintah ini diberikan secar umum kepda ketuakeluara tanpa memperhatikan latar belakang pendidikan dan kedudukannya dalam masyarakat. Setiap ayah wajib memberikan pendidikan kepada anaknya, tentang agamanya dan memberi keterampilan untuk dapat berdikari dalam menjalani hidupnya kelak. Jadi, berilah pendidikan yang boleh menjadikan anak hidup bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.
Adalah satu kejahatan terhadap anak jika ibu bapa tenggelam dalam kesibukan, sehingga lupa mengajarkan anaknya cara solat. Meskipun kesibukan itu adalah mencari rezeki yang digunakan untuk memberi nafkah pada anak-anak. Sikap ibu bapa seperti ini telah melanggar perintah Allah dalam surah Thaha ayat 132. "Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik)itu adalah bagi orang yang bertakwa."
Semoga kita tidak termasuk orang tua yang melakukan empat kejahatan itu kepada anak-anak kita......