BISMILLAH HIROHMANIRAHIM

BISMILLAH HIROHMANIRAHIM


Nabi s.a.w bersabda,"barang siapa yang selalu membaca istighfar,maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesulitan,dan kelapangan dari setiap kesedihan,dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya." hadis dari Abu Daud dan Ibnu Majah.

Khamis, 5 September 2013

6 hb September,2013 bersamaan
30 Syawal 1434

Bismillahirohmanirahim.

KENALI DIRI DENGAN NOMBOR

Mengenal potensi diri melalui tarikh lahir dan nama adalah haram kerana cara ini adalah khurafat, tahyul.  Bahkan ada unsur syirik.  Hukumnya sama seperti tenung nasib.  Nabi sendiri melarangnya.  Sesiapa yang pergi menemui 'arraf, maka tidak diterima solatnya 40 hari. (Riwayat Muslim).  Apa-apa sahaja kepercayaan tanpa asas agama mahupun bukti saintifik, itulah khurafat dan karut marut contohnya, percaya bahawa setiap huruf padan dengan nombor tertentu dan setiap nombor pula memberikan petunjuk-petunjuk tertentu. Itulah khurafat.

Betul tetapi tidak benar

Analisis personaliti orang nombor 7 ini jika digantikan dengan hasil nombor lain pun akan betul juga.  Contohnya, orang nombor 3 di beritahu ciri positif dan negatif orang nombor 5. Kalau diperhatikan betul-betul setiap analisis boleh dipadankan dengan sesiapa sahaja.
Sebenarnya setiap analisis boleh dipadankan dengan sesiapa sahaja, dan semua orang mempunyai setiap
ciri positif dan negatif dalam semua nombor itu.  Cuma berbeza kadarnya sahaja.

Logy yang tidak logik

Bayangkan kalau nak kira tarikh lahir, sistem kalender mana yang betul?  Atas dunia ini ada berpuluh sistem kalender; kalender Islam, kalender Cina, kalender Masihi dan banyak lagi. Contoh, jika seseorang mengikut kalender Gregorion nombor 7.  Kalender Islam dia jadi nombor 2.  Tidakkah pelik tu?  Ini semua termasuk nak kira nama dengan sistem berlainan; bahasa Arab, Cina, atau Jepun, tidakkah berlainan tafsirannya?  Begitu juga nama yang sama tapi berbeza ejaan sahaja.  

Suka-suka jangan sampai celaka

Soal dunia, orang kata "suka-suka jangan sampai berduka" tetapi bab akidah "suka-suka boleh bawa celaka"
Jangan kita risikokan iman yang Allah hadiahkan.  Seringkali manusia memandang berzina itu lebih keji berbanding jumpa bomoh atau bela jin.  Walhal pada Allah, jumpa bomoh atau bela jin lebih berat dosanya daripada zina.  Orang yang telah mati belum sempat bertaubat daripada zina ada kemungkinan Allah ampunkan ikut kasih sayangNya.  Malangnya Allah tidak akan ampun orang berbuat syirik yang mati tanpa sempat bertaubat.


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa perbuatan mensyirikkannya sedangkan Dia mengampunkan dosa-dosa selain itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya."
(Surah al- Nisa'4:48)

Khamis, 13 Jun 2013

13 Jun 2013 ( Khamis )
bersamaan 4 sya'ban 1434


USTAZ AZHAR IDRUS BERISTERI TIGA
Bismillahirohmanirahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang;  selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.  Bersyukur ke hadrat illahi kerana di panjangkan usia kita dan dilimpahi rahmat yang tidak terhitung banyaknya yang di antaranya membolehkan saya menulis semula di blog ini.
Kali ini dan hari ini juga, buat pertama kalinya saya menulis cerita yang agak sensitif bagi kaum hawa iaitu isu poligami.  Di tengah-tengah masyarakat kita masih panas berhadapan dengan hasil PRU13  yang penuh kontroversi, Ustaz Azhar Idrus juga tidak kurang hebatnya ingin juga membuat kontroversi iaitu perkahwinannya untuk kali ketiga setakat ini.  Nikahnya itu satu ibadat dan moga-moga Allah terima sebagai amal salih.  Aamin!
Moga-moga beliau dapat menjadi model terbaik bagi orang Islam yang hendak beristeri lebih daripada satu pada zaman ini.  Ada pun Ustaz Azhar tetap menerima kritikan daripada masyarakat dan golongan antipoligami daripada kalangan orang Islam Malaysia.  Adalah tidak ganjil bagi ahli-ahli korporat yang berjaya malah Yg Berhormat pun ada yanag berkahwin lebih dari satu,  berlangsung secara diam.  Kita baca dan teliti apa kata tok-tok guru yang berkahwin lebih dari satu kepada penulis akhbar Harakah yang diulas semula oleh saudara Subky Latif.  Katanya tok-tok guru ini boleh kawal tiga dan empat isteri dengan mudah, tetapi kebanyakan pemimpin negara, termasuk di negera kita, nak kawal seorang isteri pun tidak berjaya.
Katanya "jika kami yang dapat mengawal isteri yang ramai ini diberi kepercayaan memerintah negara, tentu kami juga boleh mentadbir negara lebih baik daripada pemimpin yang hendak kawal seorang isteri pun tidak berdaya."  Pendapat saya sebagai seorang hamba, semua yang kita miliki hanyalah bersifat pinjaman.  Suami,anak,ibu bapa kita hanyalah pinjaman, apabila kita merasakan kita meminjam dari Allah, maka kita akan merasakan apa yang kita miliki ini ialah sementara.  Lalu perasaan sombong tidak lagi wujud dalam diri.
Perkahwinannya itu satu ibadat, dia mendapat pahala,  orang-orang yang menyambut baik dan mendoakan kebahagiaannya juga mendapat pahala juga.