30 Syawal 1434
Bismillahirohmanirahim.
KENALI DIRI DENGAN NOMBOR
Mengenal potensi diri melalui tarikh lahir dan nama adalah haram kerana cara ini adalah khurafat, tahyul. Bahkan ada unsur syirik. Hukumnya sama seperti tenung nasib. Nabi sendiri melarangnya. Sesiapa yang pergi menemui 'arraf, maka tidak diterima solatnya 40 hari. (Riwayat Muslim). Apa-apa sahaja kepercayaan tanpa asas agama mahupun bukti saintifik, itulah khurafat dan karut marut contohnya, percaya bahawa setiap huruf padan dengan nombor tertentu dan setiap nombor pula memberikan petunjuk-petunjuk tertentu. Itulah khurafat.
Betul tetapi tidak benar
Analisis personaliti orang nombor 7 ini jika digantikan dengan hasil nombor lain pun akan betul juga. Contohnya, orang nombor 3 di beritahu ciri positif dan negatif orang nombor 5. Kalau diperhatikan betul-betul setiap analisis boleh dipadankan dengan sesiapa sahaja.
Sebenarnya setiap analisis boleh dipadankan dengan sesiapa sahaja, dan semua orang mempunyai setiap
ciri positif dan negatif dalam semua nombor itu. Cuma berbeza kadarnya sahaja.
Logy yang tidak logik
Bayangkan kalau nak kira tarikh lahir, sistem kalender mana yang betul? Atas dunia ini ada berpuluh sistem kalender; kalender Islam, kalender Cina, kalender Masihi dan banyak lagi. Contoh, jika seseorang mengikut kalender Gregorion nombor 7. Kalender Islam dia jadi nombor 2. Tidakkah pelik tu? Ini semua termasuk nak kira nama dengan sistem berlainan; bahasa Arab, Cina, atau Jepun, tidakkah berlainan tafsirannya? Begitu juga nama yang sama tapi berbeza ejaan sahaja.
Suka-suka jangan sampai celaka
Soal dunia, orang kata "suka-suka jangan sampai berduka" tetapi bab akidah "suka-suka boleh bawa celaka"
Jangan kita risikokan iman yang Allah hadiahkan. Seringkali manusia memandang berzina itu lebih keji berbanding jumpa bomoh atau bela jin. Walhal pada Allah, jumpa bomoh atau bela jin lebih berat dosanya daripada zina. Orang yang telah mati belum sempat bertaubat daripada zina ada kemungkinan Allah ampunkan ikut kasih sayangNya. Malangnya Allah tidak akan ampun orang berbuat syirik yang mati tanpa sempat bertaubat.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa perbuatan mensyirikkannya sedangkan Dia mengampunkan dosa-dosa selain itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya."
(Surah al- Nisa'4:48)
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa perbuatan mensyirikkannya sedangkan Dia mengampunkan dosa-dosa selain itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya."
(Surah al- Nisa'4:48)