BISMILLAH HIROHMANIRAHIM

BISMILLAH HIROHMANIRAHIM


Nabi s.a.w bersabda,"barang siapa yang selalu membaca istighfar,maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesulitan,dan kelapangan dari setiap kesedihan,dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya." hadis dari Abu Daud dan Ibnu Majah.

Selasa, 2 September 2014

29 Ogos 2014
(3 zulkaedah 1435)

Jumaat

Assalamualaikum w.b.r

Bismillahirohmanirahim
DAI & MAD'U : DUA DUNIA BERBEZA

      Kedua-dua istilah ini sungguh tidak asing disebutkan, terutama sekali apabila berbicara tentang keagamaan.  Namun realiti kedua-dua ini tidak bersama.  Dai hidup bersama dalam dunia para dai yang lain.  Manakala mad'u selesa dalam dunia mereka sendiri.  Akhirnya bertembung...cara berfikir dan bergaulnya jauh berbeza.  Padahal hidup di bumi yang sama, mana mungkin berbeza!
     Si dai berhalaqah di tepi tasik untuk berusrah, si mad'u juga berhalaqah di tepi tasik, tetapi untuk memancing.  Si dai berbual sesama mereka tentang keperitan dan kesengsaraan Syeikh Badiuzzaman Said Nursi, manakala si mad'u juga berbual sesama mereka, tetapi bicaranya tentang sport rim, make-up kereta dan sebagainya.
     Di Facebook, si dai suka memetik kata-kata perjuangan, dakwah, agama dan sebagainya.  Baginya, perkongsian ini untuk memanfaatkan dan menambah pahala menerusi media sosial.  Begitu juga si mad'u, mereka juga sibuk berFacebook.  Tetapi perkongsiannya soal hati, soal mengantuk di ofis dan di kelas serta soal apa yang dimakan hari ini.  Jurang topik kedua-duanya besar. Jadi di mana lagi persamaanya?  Atau sememangnya hal-hal sebegini dikira sebagai dakwah yang sihat?  Padahal kedua-duanya berkewajipan untuk bertemu satu sama yang lain!
   
     MENEMUI TITIK PERSAMAAN
     Kewujudan pemisah tembok cara berfikir ini bermula daripada hasil tafsiran sebuah kehidupan-cara hidup masa lampau yang membentuk peribadi seseorang.  Namun boleh diubah dengan ilmu dan pemahaman.  Usah sempitkan dakwah dengan satu medium, sebaliknya luaskan pada medium yang pelbagai, motivasi, kaunseling dan ilmu psikologi.  Kepelbagaian ini lebih mendekat 'wajahnya'.  Seterusnya kepelbagaian ini yang akan menyegarkan pendekatan dakwah.  Tiada paksaan, tiada hukuman, tiada teguran atau nasihat yang lebih menjurus kepada sindrom akuisme-menasihati untuk menjadi seperti aku!
     Cukuplah meluaskan medium dakwah dan tidak melampau-lampau dalam berdakwah.  Ada di sebutkan oleh Allah s.w.t:  "Perangilah di jalan Allah mereka yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas.  Sesungguhnya Allah tidak mengasihi mereka yang melampaui batas."(surah al-Baqarah 2:190)
Antara lain, belajarlah untuk memahami, menerima dan memberi.  Barulah dakwah itu menjurus kepada connecting dan bukannya correcting.
     Dengan berpegang kepada falsafah ini, barulah berlakunya penjenamaan semula dakwah.  Akhirnya, mad'u tidak sedar mereka telah menjadi dai.  Sementara dai pula tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan sesuatu atas nama dakwah, dan yang lebih penting...dakwah yang berkesan!

Rabu, 27 Ogos 2014

19 Ogos 2014
(23 Syawal 1435)

4 KEJAHATAN ORANG TUA TERHADAP ANAK

Gelaran bagi anak-anak yang tidak menghormati dan menderhaka pada ibubapa mereka di panggil Si Tanggang, tapi jika ibubapa membuat kejahatan terhadap anak-anak apa pula panggilan yang sesuai buat mereka???Terlalu banyak kejadian mendera, menyeksa, membunuh, membuang anak dan memperdagangkan kanak-kanak.........
Rasulullah s.a.w sangat penyayang terhadapa anak-anak, sama ada terhadap keturunan baginda sendiri ataupun anak-anak orang lain.   Justeru itu kejadian yang menimpa adik Firdaus membuka hati saya untuk menerbitkan kenyataan ini.

KEJAHATAN PERTAMA:  MEMAKI DAN MENGHINA ANAK
Bagaimanakah orang tua dikatakan menghina anak-anaknya?  Iaitu ketika seorang ayah memperkatakan kekurangan anaknya dan memaparkan setiap kekurangan tersebut.  Lebih jahat lagi jika itu dilakukan di hadapan kawan-kawannya.  Termasuk dalam kategori ini adalah memberi nama kepada si anak dengan nama yang buruk.
Kerana itu Rasulullah s.a.w kerap menggati nama seseorang yang mempunyai makna yang buruk dengan nama baru yang baik.  Atau, mengganti gelaran-gelaran yang buruk kepada seseorang dengan gelaran yang baik dan bermakna positif.  Misalnya, Harb (perang) menjadi Husain, Huznan (yang sedih) menjadai Sahlun ( mudah), Bani Maghwiyah (yang tergelincir) menjadi Bani Rusyd (yang diberi petunjuk).  Rasulullah s.a.w memanggil Aisyah dengan nama kecil Aisy untuk memberi kesan lembut dan sayang.
Jadi, adalah sebuah bentuk kejahatan bila kita memberi dan memanggil anak kita dengan sebutan yang buruk dan bermakna menghinakan dirinya.

KEJAHATAN KEDUA: MELEBIHKAN SEORANG ANAK DARI YANG LAIN
Memberi lebih kepada anak kesayangan dan mengabaikan anak yang lain adalah bentuk kejahatan orang tua kepada anaknya.  Sikap ini adalah salah satu faktor pencetus putusnya hubungan silaturrahim anak kepada orang tuanya dan punca berlakunya permusuhan antara saudara.
Dan kemuncak kezaliman kepada anak adalah ketika orang tua tidak mampu melahirkan rasa cinta dan sayangnya kepada anak perempuan yang kurang cantik, kurang pandai,atau cacat salah satu anggota tubuhnya.  Padahal , tidak cantik dan cacat bukanlah kemahuan anak.  Begitu juga tidak pintar bukanlah dosa dan kejahatan.  Justeru setiap kekurangan anak adalah pendorong bagi orang tua untuk lebih mencintainya dan membantunya.  Rasulullah s.a.w bersabda,  "Semoga Allah mengasihi dirimu yang membantu anaknya di atas kebaikan."

KEJAHATAN KETIGA:  MENDOAKAN KEBURUKAN BAGI SI ANAK
Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,, "Ada tiga doa yang dikabulkan: doa orang yang teraniaya, doa musafir dan doa (keburukan) orang tua atas anaknya."  (HR. Tirmidzi dalam kitab Birr Wash Shilah, hadis nombor 1828)
Entah apa alasan yang membuat seseorang begitu membenci anaknya.  Disebabkan bencinya, seorang ibu tergamak sepanjang hari lidahnya tidak kering mendoakan agar anaknya celaka, melaknat dan memaki anaknya.  Sesungguh, ibu itu adalah wanita yang paling malang.  Hal ini kerana setiap doanya yang buruk, setiap ucapan laknat yang meluncur dari lidah dan setiap makian yang diucapkan seorang ibu akan terkabul lalu menjadi bentuk hukuman bagi dirinya atas semua amal lisannya yang tidak terkawa.

KEJAHATAN KEEMPAT: TIDAK MEMBERI PENDIDIKAN KEPADA ANAK
Perintah untuk mendidik anak adalah bentuk realisasi iman.  Perintah ini diberikan secar umum kepda ketuakeluara tanpa memperhatikan latar belakang pendidikan dan kedudukannya dalam masyarakat.  Setiap ayah wajib memberikan pendidikan kepada anaknya, tentang agamanya dan memberi keterampilan untuk dapat berdikari dalam menjalani hidupnya kelak.  Jadi, berilah pendidikan yang boleh menjadikan anak hidup bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.
Adalah satu kejahatan terhadap anak jika ibu bapa tenggelam dalam kesibukan, sehingga lupa mengajarkan anaknya cara solat.  Meskipun kesibukan itu adalah mencari rezeki yang digunakan untuk memberi nafkah pada anak-anak.  Sikap ibu bapa seperti ini telah melanggar perintah Allah dalam surah Thaha ayat 132.  "Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.  Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.  Dan akibat (yang baik)itu adalah bagi orang yang bertakwa."

Semoga kita tidak termasuk orang tua yang melakukan empat kejahatan itu kepada anak-anak kita......


Ahad, 20 April 2014

21 April 2014
(Isnin) bersamaan
21 Jamiulakhir 1435

SAYA ADA...........
Terdapat dua orang lelaki yang berjiran dan sering menunjuk-nunjuk kelebihan mereka antara satu sama lain. Suatu hari, salah seorang daripada mereka membeli sebuah kereta Ferrari baru.  Jirannya yang mempunyai sebuah kereta Rolls Royce menegur:  "Cantik kereta awak."
"Terima kasih.  kereta ini ada telefon.  Rolls Royce ada telefon?" tanya pemilik Ferrari.
"Ya, ada." jawab pemilik Rolls Royce.  Jirannya bertanya lagi: "Kereta awak ada peti sejuk? Kereta saya ada peti sejuk di kerusi belakang."

Pemilik Rolls Royce mula rasa tercabar:  "Ya, saya pun ada peti sejuk."
"Iya? Tapi mesti tiada katil,kan? Kereta saya ada katil." kata si pemilik Ferrari sengaja membenihkan kemarahan jirannya.
Oleh kerana tidak berpuas hati, pemilik Rolls Royce menemui penjual kereta dan meminta mereka memasang katil di dalam keretanya.  Keesokan hari pemilik Rolls Royce itu menemui jirannya untuk menunjukkan katil yang telah dipasang di dalam kereta.

Dia pun menekan loceng rumah jirannya, tetapi tiada jawapan.  Kemudian, dia ternampak cermin kereta Ferrari jirannya berkabus dari dalam.  Dia pun mendekati dan mengetuk cermin kereta berkenaan.  Tidak berapa lama kemudian, pemilik Ferrari itu pun keluar.
Dengan bangga, pemilik Rolly Royce berkata: "Saya pun sudah ada katil di dalam kereta."
Pemilik Ferrari itu memandangnya sebelum berkata: "Awak ganggu saya sedang mandi semata-mata untuk memberitahu saya hal sekecil itu?"

Jika kita sedang menghadapi perkara ini, apa yang boleh dilakukan?  Berbicaralah dengan tenang, mesra dan elakkan konflik.  Jangan tergesa-gesa untuk memberi penyelesaian yang menyedapkan hati kita sendiri.  Banyakkan memuji dan berikan senyuman.  Amalkan ucapan terima kasih dan mudah meminta maaf.  Berkomunikasi dengan perasaan dengki tidak akan membawa apa-apa kebaikan.  Impaknya, bahana hasad memutuskan hubungan silaturahim.  Bahkan memupuk perasaan sentiasa tidak pernah cukup dengan apa yang sudah ada pada diri sendiri.Q

Isnin, 7 April 2014

2 April 2014
bersamaan 2jamiulakhir 1435

HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH
Assalamualaikum w.r.b
      RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud "sangat ajaib urusan orang yang beriman.  Urusan kehidupannya semuanya baik.  Ini tidak berlaku kepada seseorang melainkan bagi orang yang beriman.  Jika sekiranya berlaku perkara yang menyenangkannya maka dia bersyukur itulah yang terbaik baginya, jika sebaliknya dia akan bersabar maka itulah yang terbaik baginya."   (Riwayat Muslim)
     Sesungguhnya musibah yang menimpa seseorang dari satu sudut merupakan suatu kepahitan dan penderitaan yang amat berat.  Tetapi ia satu sudut yang lain terkandung hikmah yang cukup besar serta rahmat ALLAH SWT.
   
Sedih dan redha perkataan paling banyak digunakan ketika ini bagi menerima hakikat insiden MH370.  Ya, dunia masih bersedih, negara masih berkabung.  Tetapi kesedihan buat keluarga mangsa lebih berat.  Ketika waktu berduka  ini kaunselor, ibu bapa, rakan taulan berperanan penting, lebih penting lagi, mengadulah kesedihan kepada ALLAH SWT.  Dia maha mendengar.
Semua orang pernah melalui fasa kesedihan, begitu jua saya.  Bagaikan tiada kesudahan.  Dendam, sumpah seranah saya hamburkan.  Segala asuhan sejak kecil untuk sentiasa positif lenyap begitu sahaja.  Seorang kaunselor berpesan, selain menelan ungkapan be strong, kita harus terapi diri iaitu jujur pada diri sendiri yakni jujur pada perasaan.  Jika perlu menangis, menangislah sepuasnya, jika perlukan satu pelukan maka peluklah insan tersayang.  In sha Allah, kita akan bangkit semula...
Buat keluarga penumpang MH370, saya sentiasa mendoakan anda sentiasa kuat menghadapi hari mendatang.


Rabu, 19 Mac 2014

20 Mac 2014
bersamaan 19 Jamiulawal 1435

COCONUT JELLY

Assalamualaikum,

Rata-rata orang Malaysia ni memang suka makan coconut jelly, berbagai bangsa dan peringkat usia.  Saya suka nak berkongsi dengan rakan-rakan cara pembuatannya.  Tapi sebelum itu saya nak cerita bahawa saya dapatkan resepi ini dari sebuah facebook tapi bila buat tidak menepati citarasa, jadi saya berusaha ubahsuai,terima kritikan dari hubby, anak-anak dan beberapa sahabat.  So...inilah hasilnya.  InSha Allah saya pasti kawan-kawan tidak kecewa bila mencuba resepi saya.  Jadi sesiapa yang anak-anaknya suka sangat makan jelly ini, bolehlah buat sendiri di rumah.

Bahan-bahannya;
Kelapa muda 3 biji (ambil 1600ml airnya)
Agar-agar 24 gm
Air 2000 ml
Gula 3 cawan
sedikit garam dan daun pandan
isi kelapa

Caranya;
1.  Masak air dan agar-agar, masukkan sekali daun pandan. Pastikan masak hingga agar-agar hancur.
2.  Setelah hancur, masuk gula dan sedikit garam.  Kacau-kacau hingga gula larut.  Padam api.
3.  Setelah lebih kurang sejuk, 10 minit, bolehlah masukkan ke dalam bekas yang berisi air kelapa tadi.  Masukkan semua....haa,kalau boleh isi dalam besen le.
4.  Masuk ke dalam cawan kecil dan akhir sekali hias dengan isi kelapa.
5.  Sejukkan dalam peti ais.
6.  Boleh le makan....

SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!


p/s kalau dah cuba, beritahu saya jadi ke tidak.


Selasa, 7 Januari 2014

4 Januari 2014 bersamaan
3 Rabiulawal 1435

Assalamualaikum wrb


Hari jumaat yang pertama di tahun baharu 2014. Jumaat, penghulu segala hari, membawa bersamanya harapan.  Bersyukur ke hadrat illahi kita di panjangkan usia;  kita kini memasuki tahun 2014 bermakna bertambahlah usia kita tetapi hakikatnya semakin hampir ke penghujungnya.  Bagaimana azam kita di tahun 2014 ini?  Apakah telah kita gariskan beberapa harapan yang ingin kita capai pada tahun ini?  
Tidak salah jika berazam untuk kejayaan duniawi seperti nak jadi orang berjaya, nak kuruskan badan, tingkatkan kualiti hidup, kerja dan sebagainya.  Tapi apa salahnya jika kita memberi sedikit ruang untuk kita berazam menuju kejayaan akhirat pula, contohnya saya berazam setiap solat fardhu di awal waktu.  Lebih bermanafaat, sekaligus akan memberi kesan terhadap kehidupan dunia kita.  Insha Allah..
Insan yang baik, adalah insan yang hubungannya dengan Allah sangat indah, melebihi apa yang disangka oleh manusia.  Sesiapa yang baik hubungannya dengan Allah, maka Allah akan membaiki urusannya.
Masih tidak terlambat lagi untuk saya mengucapkan.....


SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2014