BISMILLAH HIROHMANIRAHIM

BISMILLAH HIROHMANIRAHIM


Nabi s.a.w bersabda,"barang siapa yang selalu membaca istighfar,maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesulitan,dan kelapangan dari setiap kesedihan,dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya." hadis dari Abu Daud dan Ibnu Majah.

Ahad, 20 April 2014

21 April 2014
(Isnin) bersamaan
21 Jamiulakhir 1435

SAYA ADA...........
Terdapat dua orang lelaki yang berjiran dan sering menunjuk-nunjuk kelebihan mereka antara satu sama lain. Suatu hari, salah seorang daripada mereka membeli sebuah kereta Ferrari baru.  Jirannya yang mempunyai sebuah kereta Rolls Royce menegur:  "Cantik kereta awak."
"Terima kasih.  kereta ini ada telefon.  Rolls Royce ada telefon?" tanya pemilik Ferrari.
"Ya, ada." jawab pemilik Rolls Royce.  Jirannya bertanya lagi: "Kereta awak ada peti sejuk? Kereta saya ada peti sejuk di kerusi belakang."

Pemilik Rolls Royce mula rasa tercabar:  "Ya, saya pun ada peti sejuk."
"Iya? Tapi mesti tiada katil,kan? Kereta saya ada katil." kata si pemilik Ferrari sengaja membenihkan kemarahan jirannya.
Oleh kerana tidak berpuas hati, pemilik Rolls Royce menemui penjual kereta dan meminta mereka memasang katil di dalam keretanya.  Keesokan hari pemilik Rolls Royce itu menemui jirannya untuk menunjukkan katil yang telah dipasang di dalam kereta.

Dia pun menekan loceng rumah jirannya, tetapi tiada jawapan.  Kemudian, dia ternampak cermin kereta Ferrari jirannya berkabus dari dalam.  Dia pun mendekati dan mengetuk cermin kereta berkenaan.  Tidak berapa lama kemudian, pemilik Ferrari itu pun keluar.
Dengan bangga, pemilik Rolly Royce berkata: "Saya pun sudah ada katil di dalam kereta."
Pemilik Ferrari itu memandangnya sebelum berkata: "Awak ganggu saya sedang mandi semata-mata untuk memberitahu saya hal sekecil itu?"

Jika kita sedang menghadapi perkara ini, apa yang boleh dilakukan?  Berbicaralah dengan tenang, mesra dan elakkan konflik.  Jangan tergesa-gesa untuk memberi penyelesaian yang menyedapkan hati kita sendiri.  Banyakkan memuji dan berikan senyuman.  Amalkan ucapan terima kasih dan mudah meminta maaf.  Berkomunikasi dengan perasaan dengki tidak akan membawa apa-apa kebaikan.  Impaknya, bahana hasad memutuskan hubungan silaturahim.  Bahkan memupuk perasaan sentiasa tidak pernah cukup dengan apa yang sudah ada pada diri sendiri.Q

Tiada ulasan:

Catat Ulasan