BISMILLAH HIROHMANIRAHIM

BISMILLAH HIROHMANIRAHIM


Nabi s.a.w bersabda,"barang siapa yang selalu membaca istighfar,maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesulitan,dan kelapangan dari setiap kesedihan,dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya." hadis dari Abu Daud dan Ibnu Majah.

Isnin, 7 April 2014

2 April 2014
bersamaan 2jamiulakhir 1435

HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH
Assalamualaikum w.r.b
      RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud "sangat ajaib urusan orang yang beriman.  Urusan kehidupannya semuanya baik.  Ini tidak berlaku kepada seseorang melainkan bagi orang yang beriman.  Jika sekiranya berlaku perkara yang menyenangkannya maka dia bersyukur itulah yang terbaik baginya, jika sebaliknya dia akan bersabar maka itulah yang terbaik baginya."   (Riwayat Muslim)
     Sesungguhnya musibah yang menimpa seseorang dari satu sudut merupakan suatu kepahitan dan penderitaan yang amat berat.  Tetapi ia satu sudut yang lain terkandung hikmah yang cukup besar serta rahmat ALLAH SWT.
   
Sedih dan redha perkataan paling banyak digunakan ketika ini bagi menerima hakikat insiden MH370.  Ya, dunia masih bersedih, negara masih berkabung.  Tetapi kesedihan buat keluarga mangsa lebih berat.  Ketika waktu berduka  ini kaunselor, ibu bapa, rakan taulan berperanan penting, lebih penting lagi, mengadulah kesedihan kepada ALLAH SWT.  Dia maha mendengar.
Semua orang pernah melalui fasa kesedihan, begitu jua saya.  Bagaikan tiada kesudahan.  Dendam, sumpah seranah saya hamburkan.  Segala asuhan sejak kecil untuk sentiasa positif lenyap begitu sahaja.  Seorang kaunselor berpesan, selain menelan ungkapan be strong, kita harus terapi diri iaitu jujur pada diri sendiri yakni jujur pada perasaan.  Jika perlu menangis, menangislah sepuasnya, jika perlukan satu pelukan maka peluklah insan tersayang.  In sha Allah, kita akan bangkit semula...
Buat keluarga penumpang MH370, saya sentiasa mendoakan anda sentiasa kuat menghadapi hari mendatang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan