(30 Julai 2012)
Bismilah hirohmanirohim
HIBANYA RAMADHAN TANPA ABAH
6 kali ramadhan kami sambut sunyi tanpa abah di sisi,setiap ramadhan menjelma saya pasti mengingati dan merindui abah. Bukan kami sekeluarga terasa kehilangan abah,malah seluruh warga kampung,sanak saudara dan sahabat handai abah. Amat terasa sangat kerana abah hanya sempat 7 hari sahaja berpuasa dan setiap kali ramadhan abah amat suka berbuka di masjid,itulah makanan terakhir abah bersama-sama kariah masjid,bubur nasi......
Abah tidak mahu menyusahkan anaknya tetapi di kala anaknya susah,dia sentiasa berada di sisi,mengubat luka dan duka. Biar buruk,hodoh,cacat,susah,bersalah dan hinanya seorang anak,sayang abah tidak bertepi dan terus menjunjung ke langit yang tinggi. Sifat penyabar abah,suka bergurau,kasih pada anak-anak dan tidak pedulikan apa orang lain nak kata,sedar atau tidak telah saya warisinya.
"Ingatlah,kasih abah menurut kata,kasih ibu semata-mata," Kini barulah saya mengenal erti kehilangan teramat sangat. Apatah lagi pada mak yang kehilangan suami ibarat hilangnya seorang kawan,teman untuk mengadu. Saya sempat melihat mak begitu tabah,tiada lagi air mata yang mengalir di pipi mak mengiring pemergian abah, sudah cukup ujian berat yang dihadapinya. Mak begitu redha dengan pemergian abah setelah Allah SWT memberi peluang kepada kami selama 21 ramadhan saja untuk menatap wajah suci abah.
Setelah pengkebumian abah,hujan lebat petang itu mengiringi pemergian abah sambil tanah nan merah mendakap kemas tubuh bersihnya,menanti pertemuan dengan Maha Pencipta.
Kini,saya berdikit-dikit mula mengenal apa itu sesal dan apa itu rindu.
Bagi yang ada,sayangilah ibubapa seluas langit nan bumi,dan yang sudah hilang di mata,berdoalah agar ibubapa kita tenang dalam lindungan rahmat-Nya.

p/s,ramdhan kali ni 2 orang yang ku kenali telah pergi mengadap illahi.