bersamaan 4 sya'ban 1434
USTAZ AZHAR IDRUS BERISTERI TIGA
BismillahirohmanirahimDengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur ke hadrat illahi kerana di panjangkan usia kita dan dilimpahi rahmat yang tidak terhitung banyaknya yang di antaranya membolehkan saya menulis semula di blog ini.
Kali ini dan hari ini juga, buat pertama kalinya saya menulis cerita yang agak sensitif bagi kaum hawa iaitu isu poligami. Di tengah-tengah masyarakat kita masih panas berhadapan dengan hasil PRU13 yang penuh kontroversi, Ustaz Azhar Idrus juga tidak kurang hebatnya ingin juga membuat kontroversi iaitu perkahwinannya untuk kali ketiga setakat ini. Nikahnya itu satu ibadat dan moga-moga Allah terima sebagai amal salih. Aamin!
Moga-moga beliau dapat menjadi model terbaik bagi orang Islam yang hendak beristeri lebih daripada satu pada zaman ini. Ada pun Ustaz Azhar tetap menerima kritikan daripada masyarakat dan golongan antipoligami daripada kalangan orang Islam Malaysia. Adalah tidak ganjil bagi ahli-ahli korporat yang berjaya malah Yg Berhormat pun ada yanag berkahwin lebih dari satu, berlangsung secara diam. Kita baca dan teliti apa kata tok-tok guru yang berkahwin lebih dari satu kepada penulis akhbar Harakah yang diulas semula oleh saudara Subky Latif. Katanya tok-tok guru ini boleh kawal tiga dan empat isteri dengan mudah, tetapi kebanyakan pemimpin negara, termasuk di negera kita, nak kawal seorang isteri pun tidak berjaya.
Katanya "jika kami yang dapat mengawal isteri yang ramai ini diberi kepercayaan memerintah negara, tentu kami juga boleh mentadbir negara lebih baik daripada pemimpin yang hendak kawal seorang isteri pun tidak berdaya." Pendapat saya sebagai seorang hamba, semua yang kita miliki hanyalah bersifat pinjaman. Suami,anak,ibu bapa kita hanyalah pinjaman, apabila kita merasakan kita meminjam dari Allah, maka kita akan merasakan apa yang kita miliki ini ialah sementara. Lalu perasaan sombong tidak lagi wujud dalam diri.
Perkahwinannya itu satu ibadat, dia mendapat pahala, orang-orang yang menyambut baik dan mendoakan kebahagiaannya juga mendapat pahala juga.