3 Rabiulawal 1435
Assalamualaikum wrb
Hari jumaat yang pertama di tahun baharu 2014. Jumaat, penghulu segala hari, membawa bersamanya harapan. Bersyukur ke hadrat illahi kita di panjangkan usia; kita kini memasuki tahun 2014 bermakna bertambahlah usia kita tetapi hakikatnya semakin hampir ke penghujungnya. Bagaimana azam kita di tahun 2014 ini? Apakah telah kita gariskan beberapa harapan yang ingin kita capai pada tahun ini?
Tidak salah jika berazam untuk kejayaan duniawi seperti nak jadi orang berjaya, nak kuruskan badan, tingkatkan kualiti hidup, kerja dan sebagainya. Tapi apa salahnya jika kita memberi sedikit ruang untuk kita berazam menuju kejayaan akhirat pula, contohnya saya berazam setiap solat fardhu di awal waktu. Lebih bermanafaat, sekaligus akan memberi kesan terhadap kehidupan dunia kita. Insha Allah..
Insan yang baik, adalah insan yang hubungannya dengan Allah sangat indah, melebihi apa yang disangka oleh manusia. Sesiapa yang baik hubungannya dengan Allah, maka Allah akan membaiki urusannya.
Masih tidak terlambat lagi untuk saya mengucapkan.....
SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan