BISMILLAH HIROHMANIRAHIM

BISMILLAH HIROHMANIRAHIM


Nabi s.a.w bersabda,"barang siapa yang selalu membaca istighfar,maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesulitan,dan kelapangan dari setiap kesedihan,dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya." hadis dari Abu Daud dan Ibnu Majah.

Ahad, 12 Ogos 2012

24 Ramadhan 1433
(13 Ogos 2012)


Bismillah hirohmanirohim,


Puasa itu istimewa.  Puasa Ramadhan itu sangat istimewa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah,Rasulullah SAW telah bersabda:-

"Segala amal kebaikan manusia dalah untuknya; satu kebaikan akan dibalas sepuluh hingga 700 kali ganda.  Allah SWT berfirman 'Kecuali puasa kerana ia adalah milikku dan Aku pula yang akan membalasnya kerana ia (manusia) meninggalkan syahwat,makanan dan minumanya kerana Aku'.  Ada dua kebahagiaan yang diperuntukkan bagi orang yang berpuasa; kebahagiaan ketika berbuka puasa dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Tuhannya.  Sesungguhnya bau mulut orang yang puasa dan lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi."


(Hadis Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim)


MENYERLAH DENGAN TAQWA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Taqwa bukan label yang boleh diletak atau ditampal kepada seseorang.  Sebab memahat dan mencanai taqwa tidak semudah meletak label pada diri seorang Musllim.  Lantaran itu,saban tahun Allah tetap mengajak kita mengejar tawaran 1000 bulan ibadah,  gandaan pahala ibadah wajib untuk ibadah sunat serta lain-lain  ganjaran yang diwartakan di sepanjang Ramadhan.  Taqwa memerlukan kerahan tenaga dan perasaan yang amat tinggi,maka itulah ganjaran hebat disediakan buat memotivasikan kita.

Saudara-saudari yang dikasihi,

Ramadhan mengajar kita erti kerja, ibadah, pengorbanan dan perjuangan di jalan Allah.  Kesukaran dan dugaan pasti perlu di tempuh dalam ibadah, dan perjuangan.  Ramadhan mengajar kita supaya takut sambil berharap kepada Allah Azza Wa Jalla.  Ramadhan mengajar kita saban dan redha dengan dugaan Allah.  Ramadhan mengajar kita untuk akur dengan segala aturan dan perundangan Allah, baik di tengah khalayak mahupun di tempat yang terselindung daripada perhatian manusia.  Ramadhan menunjukkan jalan untuk melatih setiap individu Islam mengambil Allah sebagai pelindung dan bentengnya daripada tersasar dalam kehidupan.  Segalanya yang mudah disebut,diserap menjadi peribadi.  Inilah jalan-jalan taqwa yang Allah mahu kita cedok daripada madrasah Ramadhan ini.

Taqwa  mengajar kita bahawa hidup ini perjuangan.  Perjuangan untuk hidup mulia dan matinya mulia pula.  Perjuangan pula ada prinsip dan landasannya yang perlu digengam kemas sepanjang masa, sepanjang hayat. Allah semata-mata  tiada jalan pintas melainkan dengan ketabahan dan kesungguhan menghadapi kesukaran serta cabaran nafsu dan syaitan.  Kita perlu bijak menyusun waktu kerja,rehat dan ibadah.  Taqwa yang hidup dalam diri Muslim menjadikannya seorang individu berintegriti dan seimbang.  Hubungannya yang kuat dengan Allah menyusun dan melingkungi semua hubungannya dengan sekelian makhluk dan alam ini.  Ia menjadi asas yang kuat untuk membangun orang-orang yang berjaya dunia dan akhirat.

Ikhwan dan akhwat fil Islam,

Orang yang bertaqwa adalah orang yang luarbiasa.  Ini telah dibuktikan oleh Generasi al-Quran yang mendapat pendidikan taqwa secara langsung daripada Allah dan RasulNya.  Tidak akan ada generasi sebaik ini lagi selepas daripada mereka.  Ramadhan mengajar kita supaya secara sedar mengawal diri, ruh dan pemikiran.  Ia membawa proses pembersihan yang komprehensif dan lengkap.  Sebulan berkursus,sasarannya hanya mencari ganjaran Allah: TAQWA.  Betul, ia perlukan kerja kuat yang berstamina tinggi tanpa tahu rasa jemu.  Moga-moga Allah hidupkan kembali ruh Generasi al-Quran dalam diri, keluarga, masyarakat, negara kita dan ummah seluruhnya.

Memang  mudah mengaku dan melebelkan diri kita sebagai Islam; Malah, bersyukurlah kebanyakan kita dilahirkan daripada ibu bapa yang sedia Islam.  Namun, Islam mengajar bahawa Islam itu tidak automatik sifatnya.  Kalaupun kita tahu label Islam dan Muslim sudah kita peroleh, mari kita buktikan ke Islaman dan keimanan kita itu ke tahap penghayatnnya dalam kehidupan.  Menyerlah sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai ibu bapa, sebagai sahabat, sebagai adik-beradik, sebagai pekerja, sebagai pemimpin, dan sebagainya.

Taqwa itu perlu ditanam tertancap di hati dan akal untuk membuahkan hasilnya.  Disamping ilmu dan amal, makanan juga perlu dijaga dan diteliti.  Tanggung-jawab ketua keluarga dan ibu bapa memastikan makanan-makanan taqwa dihidangkan buat seluruh keluarga...

Moga berjaya memahat taqwa di Ramadhan ini.  Wallahua lam.






rujukan Pertubuah Ikram Malaysia (IKRAM) Daerah Manjung


Tiada ulasan:

Catat Ulasan