BISMILLAH HIROHMANIRAHIM

BISMILLAH HIROHMANIRAHIM


Nabi s.a.w bersabda,"barang siapa yang selalu membaca istighfar,maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesulitan,dan kelapangan dari setiap kesedihan,dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya." hadis dari Abu Daud dan Ibnu Majah.

Rabu, 19 September 2012

3 Zulkaedah 1433
( 19 Septermber 2012)

Setiap nafas dan langkahku,
   ku mulakan dengan Bismillahirohmanirahim.

MARI MENCINTAI!

Cinta tak terungkap oleh kata-kata
Cinta pastinya menuntut pengorbanan
Cinta sendinya keikhlasan
Cinta mengajar erti kesabaran
Cinta mendidik untuk berusaha
Cinta melatih diri menjadi kental dan tabah
Cinta mengajar untuk memberi dan menerima
Cinta adalah anugerah Allah kepada manusia

Apabila kita ditanya dengan maksud cinta, pasti ramai yang memberi berbagai tafsiran.  Yang pastinya tiada jawapan yang salah dan tiada juga yang benar-benar tepat.  Kita mulakan dengan gelagat orang yang dilamun cinta.  Apabila seseorang telah bertemu dengan orang yang dia rasai suka, maka dia telah jatuh cinta.  Pastinya dia akan sentiasa ceria, tak sabar menunggu hari esok untuk bertemu, sentiasa berusaha menambat hatinya, kadang kala berlagak menjadi hero, mudah tersenyum, kerap menghantar SMS dan menelefon untuk mendengar suara.  Kadang kala cinta itu membuatkan orang bersemangat melalui hari.  Tak kala cinta itu punah dan menuju pengakhiran, walaupun tanpa diminta.  Setiap perlakuan, penampilan diri dan perasaan menjadi tunggang-langgang dan serabut.  Kadang kala hingga keluar kata-kata seperti orang yang tak beriman dek pelbagai emosi yang lahir kerana cinta.

Bagaimana kalau kita semua tukarkan cinta kita kepada Pemilik Segala Cinta?  Adakah sama, atau bagaimana caranya?  Pertama sekali, walau dia telah hilang di mata, jauh disisi kita, tiada lagi kedengaran suaranya serta menanggung rindu. Apa yang kita alami sama seperti sifat pada Allah SWT , yang kita sendiri tak nampak, tak mendengar suaranya, tak tahu Allah SWT di mana dan biarlah kita menangis kerana Nya.  Namun jika kita benar-benar menyintaiNya pasti akan merasai kerinduanNya.  Kalau pasangan yang bercinta hari-hari memuji, hari-hari teringat-ingat, sepatutnya kita dengan Allah SWT pun begitu, malah lebih lagi.  

Ya, manusia tetap manusia.  Punya naluri, punya rasa.  Namun seimbangkan segala rasa.  Bukankah kita perlu matang dalam merasa?  Usah pula nafikan kehadiran cinta, itu dusta.  Usah membuang rasa cinta, itu bongkak.

Hayatilah kasih Allah SWT kepada kita dalam setiap saat hembusan nafas kita, kelak kita tidak akan alpa dalam mencari cinta.  Hemmmm....mencintailah kerana-Nya kerana cinta-Nya  yang mengekalkan cinta.







p/s: teringat kata2 ustaz Haslin,"hati kita ini milik Allah SWT,bukan milik keluarga,bukan milik ibubapa dan bukan milik orang lain".












Tiada ulasan:

Catat Ulasan