Rabu bersamaan
(05 September 2012)
Bismillahirohmanirohim...
AMALAN RAMADHAN PERLU BERTERUSAN
Fenomena di kalangan masyarakat dalam negara ini,ialah ketidak-sungguhan mereka meneruskan agenda dan aktiviti keagamaan, ia terhenti dengan berakhirnya Ramadhan, seolah-olah Ramadhan sahaja bulan untuk beribadat sedangkan bulan-bulan lain tidak perlu berbuat demikian. Inilah kesilapan yang perlu diperbetulkan dari semasa ke semasa, Allah bagi pandangan mereka hanya wujud pada bulan Ramadhan, sedangkan bulan lain bagi tanggapan mereka tidak perlu pengisian rohani. Banyak persoalan dikemukakan oleh para allim ulama dalam forum-forum mereka khususnya yang disiarkan menerusi laman-laman web Islam, antara tajuk-tajuk forum yang patut dihadiri oleh umat Islam di bulan Syawal bagi menggilap kemampuan daya berfikir mereka:
1. Mengapa umat Islam berani menentang Allah secara terbuka?
2. Benarkah kita umat yang komited dengan Islam?
3. Benarkah amalan kita diterima Allah sedangkan kita tidak menyumbang kepada Islam?
4. Adakah kita sebaik-baik umat yang dikeluarkan Allah buat umat manusia sejagat?
5. Mengapa masih terdapat ramai wanita Islam tidak bertudung kepala?
6. Mengapa Allah bukan matlamat sebenar dalam segenap agenda hidup kita?
7. Mampukah umat Islam hari ini mengekang kemaraan musuh-musuh Islam dalam segenap aspek hidup mereka?
2. Benarkah kita umat yang komited dengan Islam?
3. Benarkah amalan kita diterima Allah sedangkan kita tidak menyumbang kepada Islam?
4. Adakah kita sebaik-baik umat yang dikeluarkan Allah buat umat manusia sejagat?
5. Mengapa masih terdapat ramai wanita Islam tidak bertudung kepala?
6. Mengapa Allah bukan matlamat sebenar dalam segenap agenda hidup kita?
7. Mampukah umat Islam hari ini mengekang kemaraan musuh-musuh Islam dalam segenap aspek hidup mereka?
8. Di manakah kita dengan Rasulullah SAW?
9. Mengapa para isteri baginda Rasulullah tidak dijadikan role model kepada muslimah hari ini?
10.Bolehkah kita mati dalam agama Islam?
9. Mengapa para isteri baginda Rasulullah tidak dijadikan role model kepada muslimah hari ini?
10.Bolehkah kita mati dalam agama Islam?
Dan banyak lagi, yang kiranya apabila umat Islam tidak bersungguh untuk memahami salah satu tajuk di atas sebagai jalan untuk memperkasa diri dengan elemen agama, sudah pasti mereka tidak akan menjadi umat yang berjaya dalam hidup mereka.
Tindakan yang perlu kita buat selepas Ramadhan
Jesteru, bagi mengekalkan kelangsungan amal ibadat serta hubungan intim dengan Maha Pencipta, adalah disarankan agar saudara/saudari memastikan beberapa panduan di bawah ini:
- Paling penting yang perlu anda lakukan sebelum yang lain,memohon pertolongan Allah SWT agar terus memberikan hidayat-Nya, menetapkan iman pada jalan agama-Nya serta memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan agama.
- Kekalkan amalan takwa yang digarap ketika melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadhan walaupun menjangkau bulan Syawal sebagai bekalan setahun untuk Ramadhan akan datang.
- Perbanyakkan amalan dengan amalan-amalan sunat yang dilakukan pada bulan Ramadhan untuk kelangsungan di bulan Syawal dan seterusnya seperti solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, banyak berdoa.
- Banyak bergaul dengan golongan para salihin seperti majllis zikir, nasihat, kaunseling dan tazkirah.
- Mendalami maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai sejarah kehidupan para anbiya, Nabi Muhammad SAW, para sahabat,, tokoh-tokoh sarjana Islam terkemuka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang pernah melonjakkan Islam, sama ada melalui pembacaan, mendengar kuliah atau cakera padat, kaset agama dan sebagainya.
- Memperbanyakkan mendengar kuliah-kuliah fardu ain di masjid atau surau secara langsung ataupun kaset dan cakera padat (sebagai bahan rujukan tambahan).
- Memelihara tuntutan ibadat khusus seperti solat lima waktu, mengqada puasa yang tertinggal kerana sakit, musafir atau uzur syari'e, kerana ia amat dituntut untuk dilakukan segera.
- Memelihara amalan-amalan sunat seperti puasa enam hari di bulan syawal, bersedekah, menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga, sahabat-handai dan lain-lain.
- Membaca al-Quran, bermula dengan menghafaz surah-surah pendek dan menghafaz ayat-ayat penting sebagi pendinding diri seperti ayat kursi, surah al-Mulk, Yasin dan lain-lain.
- Memperbanyak zikir dan wirid, terutamanya zikir Ma'thurat susunan Imam Syahid Hassan al-Banna.
- Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan hati, sama ada bergaul dengan golongan maksiat, menonton filem lucah, membaca majalah-majalah yang boleh melalaikan seperti hiburan dan lain-lain, mendengar muzik yang melalaikan dan banyak lagi.
- Bertaubatlah kepada Allah SWT dengan kadar segera dengan menyesali apa yang telah dilakukan yang menyalahi hukum syarak dan berazam tidak akan mengulanginya pada masa-masa akan datang.
- Berhenti dari merokok terutamnya jenama rokok Yahudi yang menghimpun dana bagi membeli senjata untuk membunuh saudara-saudara Islam di Palestin, Lubnan dan lain-lain.
- Menyesali atas perbuatan menghadiri program-program maksiat seperti hiburan yang melalaikan atau sukan yang menghalang diri dari menunaikan solat lima waktu.
- Gigih untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah serta Rasulullah SAW dan bersedia melakukan segala perintah dengan penuh rasa tanggungjawab dan pasrah kepada arahan kedua-duanya.
rujukan oleh Ustaz zainudin hashim by Harakah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan