bersamaan 17 Jamiul Awal 1436
A L - F A T I H A H
Bismillahirohmanirohim...
Mengambil masa yang lama untuk mengabadikan pemergiaan Allahyarham Nik Aziz bin Nik Mat atau lebih di senangi dengan panggilan Tok Guru. Tanggal 12 Februari 2015, 9.40 malam, malam Jumaat. Detik ini begitu hiba sekali. Seluruh dunia begitu terasa sekali kehilangan beliau sehinggakan ke hari ini dan bila aku membuka akhbar HARAKAH dalam ruangan MAUIDZAH,seperti beliau masih ada dengan kita di sini.
Kita kehilangan seorang ilmuwan yang disegani, pemimpin yang amanah, tokoh politik yang berprinsip, pejuang sunnah yang kental dan ahli zuhud lagi warak. Kita kehilangan murabbi ummah.
Seluruh kehidupannya disumbangkan kepada perjuangan dakwah menegakkan sunnah Rasulullah SAW, mentarbiahkan rakyat agar berasai hidup beragama, sentiasa mengajak supaya mengutamakan ajaran al-Quran dan sunnah Rasul-Nya dalam segenap aspek kehidupan termasuklah dalam urusan politik dan pemerintahan.
Apa pun, kematian Tok Guru menghidupkan banyak perkara. Menghidupkan keinsafan. Menghidupkan erti perjuangan. Menghidupkan prinsip amanah dan keadilan. Menghidupkan erti zuhud dan ketakwaan. Menghidupkan sunnah Rasulullah SAW yang dipinggirkan.
Semoga Tok Guru diampuni, dirahmati dan diganjari syurga al-Firdaus.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan